Popular Posts

Saturday 19 March 2011

Botol susu bayi Polikarbonat bisphenol diharamkan

 Botol susu bayi Polikarbonat bisphenol diharamkan

PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan “bisphenol A” ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Tiong Lai berkata, pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. - Bernama



Zaman sekarang, penggunaan plastik amat meluas digunakan oleh kebanyakan negara maju. Persoalannya adakah plastik selamat digunakan terutamanya pada bayi? Memandangkan terlalu banyak barangan bayi yang berplastik contohnya botol susu, barang mainan dan sebagainya, apakah tindakan ibu bapa terhadap masalah dan persoalan ini?

Kandungan kimia yang biasa terdapat di dalam plastik ialah Bisphenol A atau BPA dimana kebanyakan negara maju lain telah mula mengharamkan penggunaan BPA di dalam bekas simpanan makanan, botol minuman, botol susu bayi, barang mainan bayi dan sebagainya.

Apakah itu BPA?

BPA adalah singkatan daripada Bisphenol A diamana ia adalah satu bahan kimia dalam perindustrian plastik.


Bagaimana BPA digunakan?


Bisphenol A (BPA) adalah blok binaan kimia yang digunakan terutamanya bagi menjadikan polikarbonat plastik dan epoksi. Plastik polikarbonat adalah ringan, mempunyai keliatan yang tinggi, mempunyai rintangan haba yang tinggi, kejelasan optik dan ia mempunyai rintangan haba yang tinggi. Disebabkan sifat-sifat ini, maka polikarbonat dipergunakan secara meluas di dalam kebanyakan produk.

Apakah Kesan penggunaan BPA pada manusia?

Kajian terbaru mengenai BPA mengatakan bahawa BPA tidak selamat digunakan untuk bekas simpanan makanan atau minuman serta ianya tidak selamat untuk kegunaan kanak-kanak bawah 3 tahun.


Pelbagai pihak yang mengkomersialkan botol-botol bayi memutuskan untuk berhenti menggunakan Bisfenol A (BPA) dalam produk-produk mereka. NY COUNTY juga memutuskan untuk mengharamkan botol-botol bayi serta cawan untuk bayi yang dibuat dengan bisfenol A.

Kajian BPA terhadap binatang

Berikut adalah sedikit sebanyak kesan penggunaan BPA terhadap tikus-tikus yang diuji di makmal.

  1. Dos sebanyak 0.025 µg/kg/hari menyebabkan berlaku perubahan yang tetap untuk saluran genital (kajian 2005)
  2. Dos sebanyak 0.025 µg/kg/hari juga menyebabkan perubahan pada tisu payudara yang menyebabkan sel-sel untuk hormon-hormon dan karsinogen. (kajian 2005)
  3. Dos sebanyak 2 µg/kg/hari meningkatkan kadar kenser prostate sebanyak 30%. (kajian 1997)
  4. Dos sebanyak 2 µg/kg/hari juga menyebabkan pengurangan berat badan. (kajian 2002)
  5. Dos sebanyak 2.4 µg/kg/hari menyebabkan penurunan dalam testosteron. (kajian 2004)
  6. Dos sebanyak 2.5 µg/kg/hari boleh mendatangkan sel-sel kanser pada payudara. (kajian 2007)
  7. Dos sebanyak 10 µg/kg/hari menyebabkan sel-sel prostat lebih sensitif kepada hormon dan mendatangkan kanser. (kajian 2006)
  8. Dos sebanyak 10 µg/kg/hari

Cara mencegah BPA terus kepada bayi dan anda.

Caranya mudah. Elak menggunakan plastik yang mengandungi BPA. Carilah barangan plastik yang digunakan untuk menyimpan air, makanan, botol susu, mainan kanak-kanak terutama bayi yang tidak mengandungi BPA (BPA-free). Kebanyakan botol susu bayi sekarang sudah di labelkan BPA-free dan pastikan ianya bukan tiruan!

Walaupun harga agak mahal sedikit daripada plastik berBPA, tetapi bukankah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati?

Thursday 17 March 2011

Kesihatan- Kesan Radiasi

Kesan Radiasi

Kemajuan teknologi moden yang berlaku hari demi hari telah mengubah gaya hidup manusia menjadi lebih mudah. Untuk ke sesuatu destinasi samada yang dekat mahupun yang jauh tidak lagi perlu menunggang unta atau berjalan berbulan-bulan lamanya untuk sampai. Dengan terciptanya enjin kenderaan, hanya beberapa jam sahaja masa yang diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju. Manusia masa kini boleh mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya perlu menekan beberapa suis dengan kewujudan peralatan moden seperti televisyen (tv), komputer dan internet, radio dan sebagainya. Segala maklumat, rujukan, informasi dan sebagainya berada di depan mata tanpa perlu bersusah payah untuk ke sana ke mari. Begitu juga jalinan hubungan antara dua benua terjalin dengan kewujudan peralatan teknologi moden seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya. Malah perlawanan bola sepak di Brazil boleh ditonton secara langsung oleh penduduk Malaysia dengan kewujudan satelit yang tidak terfikir oleh manusia terdahulu.

Namun disebalik kecanggihan dan kemudahan yang disumbangkan oleh teknologi moden hari ini kepada manusia, terdapat kesan negatifnya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi. Tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kesihatan kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.

Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.

Kabel elektrik, transformer, peralatan elektrik, radar, television, enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan elektromagnet yang dianggap bahaya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi.

Radiasi elektrik dan radiasi magnetik adalah berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat yang menggunakan kuasa elektrik mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat sedikit produk yang melindungi kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik. Ini kerana radiasi magnetik dapat menembusi kayu, besi, batu dan tentu sekali tubuh manusia. Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.

Sel tubuh mempunyai tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel. Elektron sel menghasilkan sistem tenaga yang seimbang dan harmoni untuk membolehkan sel berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan peralatan elektrik yang lain mengganggu dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya menyebabkan penyakit.

Cinta-Hadiah 21-Tahun

Sejak semalam hati Masuriani berbunga mekar. Malah, dirinya bagaikan sudah tidak sabar-sabar lagi menanti detik hari esok. Hanya satu hari lagi dia akan menyambut ulang tahun ke-21. Bermakna, akan tibalah detik kunci kebebasan yang ditunggu-tunggu selama ini.Melayani hati yang riang, Masuriani menyanyi kecil sambil sibuk mengemaskan beberapa barang perlu dibawa. Antaranya sudah tentu minyak wangi haruman jenama terkenal dihadiahkan oleh buah hati.

Masih terngiang-ngiang di telinga Masuriani pesan buah hatinya, Amri supaya jangan lupa membawa dan menyemburkan haruman istimewa itu kala pertemuan yang sudah dirancangkan.Masuriani bangga, Amri kekasih pertama dicintai begitu memahami minatnya dalam mengumpul koleksi minyak wangi. Dua tahun perkenalan mereka, Amri tidak pernah lupa menitipkan hadiah minyak wangi kepada Maisuriani setiap kali menyambut hari ulang tahun.Hatinya melonjak riang, janji Amri untuk menghadiahkan koleksi jenama minyak wangi mahal tahun ini sempena ulang tahun ke-21, ternyata sudah dikotakan. Malah, hadiah istimewa itu diberikan lebih awal sebelum ketibaan meraikan ulang tahunnya.

Namun, dalam rasa gembira, Maisuriani turut disulami perasaan berdebar-debar kerana sekiranya pertemuan dirancang menjadi kenyataan, bererti itu adalah kali pertama mereka bertentang mata sebagai pasangan kekasih. Selama ini, perkenalan terjalin hanya menerusi telefon selepas usaha teman baik Maisuriani `menjodohkan’ mereka.Maisuriani cuba mencongak-congak wajah Amri yang sudah mula semakin dirinduinya. Menerusi corong telefon, suara Amri yang didengarnya agak garau. Namun dalam setiap perbualan mereka, Amri diduganya suka berjenaka dan riang orangnya. Setiap kali berbual Amri sentiasa menyelitkan unsur lucu yang menghibur hati Masuriani.Gadis sunti yang bakal mendapat kunci kebebasan tidak lama lagi itu turut membayangkan, Amri mempunyai paras rupa agak kacak dengan kulit sawo matang. Apatah lagi, Amri suka merendah diri dengan berkata, kulitnya tidak cerah dan dalam gelap mungkin sukar dilihat. Mengingatkan semula perbualan itu Masurianitersenyum-senyum sendirian.

Mengikut rancangan yang sudah diatur, Amri akan menaiki bas ekspres dari Kuantan, Pahang yang bertolak jam lapan pagi. Bermakna, jam 11 pagi mereka sudah boleh bertemu.Esok yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Dengan berpakaian baju rona merah jambu yang dipadankan celana putih dan siap bersolek cantik, Masuriani keluar dari rumahnya menuju tempat pertemuan.Bertentang mata pertama kali dengan Amri ternyata membahagiakan. Congakan Masuriani terhadap rupa paras Amri, banyak yang tepat. Pertemuan di restoran itu berlangsung lancar dan sesekali diselangi dengan gelak ketawa seolah-olah membayangkan betapa bahagianya pasangan sejoli itu.Usah menjamah hidangan, Amri mencadangkan supaya mereka ke tempat lain yang kononnya lebih privasi. Katanya, ada lagi hadiah istimewa untuk Masuriani yang ingin diberikan. Tanpa membantah, Masuriani mengikut saja cadangan itu, lebih-lebih lagi berasa semakin serasi berada di sisi jejaka yang berusia lebih tiga tahun dari usianya.Pasangan itu kemudian menuju ke sebuah hotel bajet di bandar itu. Mulanya, Masuriani berasa cuak juga untuk menjejakkan kaki ke hotel bajet itu kerana seumur hidupnya itulah pertama kali berkunjung ke situ walaupun sudah lama menetap di bandar itu.Amri berjaya meyakinkan Masuriani dengan janji bahawa tiada apa-apa akan berlaku antara mereka jika berada dalam bilik nanti. Maisuriani percaya, tidak mungkin Amri ingin melakukan sesuatu yang buruk terhadapnya kerana selama ini menerusi perbualan telefon, kekasihnya itu tidak lupa mengingatkan beberapa perkara mengenai dosa dan pahala.Selepas mendaftar, Amri dan Masuriani menuju ke bilik yang ditempah. Walaupun berstatus hotel bajet, di dalamnya bersih dan kemas rapi. Ini membuatkan Masuriani selesa dengan keadaan itu.Menenangkan perasaan, Masuriani duduk di hujung katil manakala Amri meminta diri untuk masuk ke bilik air bagi mencuci muka. Katanya, perjalanan lebih dua jam menyebabkan kulit wajahnya berasa agak kering. Sepuluh minit berlalu, Amri keluar dari bilik air dengan wajah yang lebih segar. Masuriani semakin senang menatap wajah kekasihnya itu.Mereka terus berbual mesra dan sesekali, Amri menjatuhkan badannya ke katil. Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu. Masuriani terus dihambat rasa terkejut dan takut kerana dari dalam bilik itu mereka juga mendengar beberapa suara yang menggesa membuka pintu bilik hotel itu.Malang bagi Masuriani dan Amri pada hari itu kerana dicekup Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam kira-kira jam 12 tengah hari selepas kedua-dua mereka dikatakan berkurung di dalam bilik.Apabila pegawai terbabit membuat pemeriksaan lanjut, mereka didapati bukan muhrim. Masuriani cuba memberi alasan masuk ke bilik yang disewa Amri kerana mahu menemaninya tidur sementara menunggunya pulang ke Kuantan. Namun, alasan itu tidak diterima.Masuriani dan Amri didakwa di Mahkamah Syariah dengan tuduhan kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Sabit kesalahan mereka didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya. Masuriani kesal, ulang tahun ke-21 yang disangkakan membawa kenangan indah kini terpalit kisah hitam.

Cinta- Salah Tempat

"TELEFON dan komputer alat penghubung dan lambang kemajuan. Namun alat itulah juga punca segala-galanya, menghubungkan dan memutuskan. Ada orang bercerai melalui telefon, ada yang berkenalan melalui Internet. Begitulah yang berlaku pada saya, bukan bercerai tetapi dapat kawan.

‘‘Mula-mula chatting, tak sangka pulak lama-kelamaan jadi seronok akhirnya jatuh cinta dengan lelaki bernama Sam yang mengaku bujang. Peristiwa ini berlaku kira kira lapan tahun lalu. Walaupun perkenalan di alam maya dan berjauhan, tapi kami serius dalam masa tak sampai setahun.’’ Demikian cerita Nooratila dalam emelnya.

‘‘Bila dah seronok chatting mulalah nak ajak jumpa, seorang di utara seorang di selatan. Tapi kata Sam itu semua bukan masalah, kita boleh naik kereta, bas ataupun keretapi untuk berjumpa. Zaman ini semua dah canggih yang jauh boleh didekatkan.

‘‘Dipendekkan cerita KL jadi destinasi lokasi pertemuan kami. Bila empat mata bertemu maka ikatan cinta kami menjadi semakin kuat. Ketika itu tidak ada siapa boleh memisahkan kami.

‘‘Bila dah berjumpa terasa macam serasi pulak, ketika inilah telefon menjadi alat pilihan pertama. Malangnya telefon juga jadi alat merosakkan hubungan kami.

‘‘Sangkakan cinta kami ibarat panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari. Semuanya bermula bila gelora cinta memaksa saya menghubungi Sam. Nak jadi cerita panggilan saya hari itu dijawab oleh seorang wanita. Sepantas kilatsaya kenalkan diri sebagai teman sepejabat, apabila wanita itu bertanya.

‘‘Di talian saya terdengar tangisan anak-anak. Wanita itu menjawab suaminya masih mandi. Nak pitam saya cuba kawal perasaan marah, sebab dah kena tipu. Sam rupanya suami orang. Malam itu saya menangis kerana sedih ditipu.

‘‘Esoknya saya serang Sam di telefon, mengaku bujang konon rupanya dah beranak pinak. Sam ajak jumpa di KL nak terangkan semuanya. Nak pujuklah tu.Cinta punya pasal saya pergi jumpa dia di KL.

‘‘Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terus percayakan Sam sedangkan saya tahu dia dah kahwin.

‘‘Satu hari entah macam mana saya terkantoi, isteri Sam dapat nombor telefon saya, apa lagi sebu perut saya kena sumpah seranah. Saya terpaksa diam, dah tahu salah sendiri layan suami orang. Tapi bukan salah saya seorang, Sam yang mengaku bujang, kalau dari awal saya tahu dah kahwin, tak ada pasal saya nak layan dia.

‘‘Tetapi kalau hati dah suka nak buat macam mana, sampai sekarang kami masih berhubungan, dah tak boleh berpisah lagi. Bayangkan kini dalam diam tak diam hubungan kami mencecah lapan tahun. Dulu duduk berjauhan kini dah dua tahun saya berpindah dekat dengan negeri Sam. Dan sudah pasti kami sering berjumpa.

‘‘Lepas kerja dia ikut saya balik kami makan malam bersama. Kecuali kalau ada hal. Hujung minggu Sam datang jumpa saya. Dia buat alasan ada kerja lebih masa, kerja luar daerah dan macam-macam asalkan dapat bersama saya.

‘‘Dek kerana dah frust isteri Sam pun layan komputer, dia cerita pasal suaminya curang. Dari situ saya dapat emelnya, kami berhubung, dia tak tahu saya, sebab saya menyamar. Melalui komputer saya dapat tahu dia bencikan suaminya, dia kutuk suaminya curang, dia dah bosan dan tak kisah kalau berpisah pun.

maki hamun

‘‘Sebenarnya hubungan saya dengan Sam dah erat, malah kami pernah pergi bercuti ke luar negara bersama selama dua minggu tanpa pengetahuan isterinya. Banyak gambar kami bersama, kalau isterinya tengok pasti dia minta cerai, tetapi saya masih sabar dan lihat apa tindakan dia dan Sam sendiri.

‘‘Sam tak tinggalkan saya sebab dia tahu siapa yang banyak bantu dia selama ini. Jadi biarlah dia buat keputusan. Siapa yang belikan laptop untuk anaknya masuk kolej, siapa bayar yuran kolej dan asrama anaknya. Dan siapa yang banyak bantu Sam yang sering kekurangan duit untuk menguruskan kehidupan keluarganya.

‘‘Isteri Sam tak pernah ambil tahu daripada siapa suaminya dapat duit untuk membiayai perbelanjaan anaknya melanjutkan pelajaraan. Dia tak pernah peduli dalam banyak hal urusan rumahtangga, sebab semua Sam uruskan. Tiap-tiap minggu saya dan Sam akan belikan barang keperluan dapur mengikut kehendak isterinya.

‘‘Kami pernah terlanjur, sebab itu susah nak berpisah, saya pernah ajak Sam kawin, tapi alasan dia takut tak boleh berlaku adil. Malangnya saya tak boleh berpisah dengan Sam. Dan saya tak nampak lelaki lain kecuali Sam.

Sam banyak habiskan masa dengan saya. Setiap hari dia balik ke rumahnya jam 10 malam. Kami makan tengah hari dan malam bersama. Jadi berapa jam sangat dia dengan isterinya di rumah selepas ditolak waktu bekerja?

‘‘Kalau difikirkan memang saya bodoh layan suami orang dan habiskan banyak wang tanggung anak bini orang, tapi saya tak ada teman lelaki lain. Tak tahu sampai bila saya mesti hidup begini, menagih cinta suami orang dan janji kahwin yang belum pasti.

‘‘Kadang tu bila tidur sendirian saya sering terfikir bila agaknya Sam mahu ambil saya sebagai isterinya yang sah. Kerana saya sudah menunggu terlalu lama, umur pun semakin meningkat, jadi sampai bila saya mesti bersabar?”

Demikian luahan hati Nooratila bercinta dengan suami orang.

~ Utusan

Anak- Jangan bezakan anak

Jangan bezakan anak

Saya setuju benar dengan paparan satu artikal ''sebab emak saya pun sama, tetapi bukanlah suruh kami bergaduh adik-beradik, sebaliknya suka membandingkan kemewahan dan kesusahan hidup kami.

''Anak yang lebih mewah menjadi kesayangan emak, menjadi sebutan, dan namanya dijaja satu kampung, sebab nak beritahu orang anaknya kaya dan hidup mewah.'' Demikian cerita Norhanis dalam emelnya.

''Tetapi anak-anak yang kurang mampu, yang hidup tak seberapa mulalah emak pinggirkan. Sebab emak suka anak-anaknya hidup mewah, ada kereta besar, rumah besar dan ada perabut serba mewah. Bila ada semua itu barulah emak puas hati, kerana pandai mendidik anak-anaknya berjaya dalam kehidupan.

''Saya lima beradik, seorang lelaki dan empat perempuan. Emak didik kami supaya rajin belajar maka ada antara kami yang berjaya dalam pelajaran. Ada yang tidak. Sesiapa yang pandai belajar pasti jadi anak kesayangan emak.

''Tapi emak lupa. Pandai belajar tak semestinya bila bekerja dapat pangkat tinggi dan bergaji lumayan, kerana ada kalanya orang yang tak pandai belajar lebih besar pendapatanhya. Bukankah rezeki ketentuan Allah juga. Tapi emak macam tak faham.

''Dulu masa sekolah saya dan adik menjadi anak kesayangan emak, sebab masuk sekolah asrama. Kami dapat masuk kolej. Nama kami emak jaja satu kampung. Bukan main kembang dan gah hati emak, kamilah anak harapan emak, konon bila kami dapat kerja pasti gaji kami besar.

''Nak jadikan cerita, dua orang kakak kami cuma lulus SPM, walaupun pandai, zaman kakak nak sambung belajar memang susah, peluang belajar tak banyak macam zaman kami, jadi kakak bekerja sebagai kerani.

''Emak langsung tak menaruh harapan pada kakak-kakak kami, maklum gaji kerani berapa sangat. Bila kahwin suami mereka pun kerani jugak. Abang pulak jadi tentera paling tinggi pangkatnya satu ketika itu cuma jadi sarjan. Jadi kami berdua sajalah jadi harapan emak. Ketika itu kami dipuji melangit kerana kami pandai sekolah. Kami pun macam tak sedar diri bila kena puji, buat kerja rumah memang tak tahu langsung.

Tawaran

''Bila kakak dan abang kahwin emak buat kenduri ala kadar saja. Alasan emak kena simpan duit untuk kami belajar nanti. Manalah tahu kami dapat tawaran sambung belajar luar negara! Harapan emak tinggi nama kami dicanang satu kampung.

''Tetapi emak lupa rezeki itu ketentuan Allah. Nak jadikan cerita walaupun lulus SPM tetapi kakak cari peluang sambung belajar. Dan lebih penting suami mereka menyokong hasrat isterinya sambung belajar dengan membantu mereka jaga anak-anak ketika kakak pergi belajar.

''Kak long bersemangat nak sambung belajar sebab suaminya dah dapat diploma. Kak ngah pulak suaminya dah berhenti kerja, buat bisnes dan berjaya pulak. Saya pulak ketika itu walaupun ada diploma susah pulak nak cari kerja sebab ekonomi meleset, begitu jugak dengan adik walaupun ada ijazah. Kerja masih belum ada dapat.

''Akhirnya saya terima tawaran kerajaan bekerja dengan gaji kecil. Terkial-kial jugaklah kami nak sambung hidup. Maklum kerja di bandar besar dengan gaji kecil mana nak cukup. Dua tahun lepas tu baru dapat kerja yang sesuai, tapi gaji masih kecil lagi, adik pun sama. Bila kami mengeluh dan mengadu pada emak tentang gaji kami, emak jadi lemah semangat. Anak-anak yang menjadi harapan mengeciwakannya.

''Ketika itu dua orang kakak dan abang mula hidup mewah, emak mula melihat perubahan hidup mereka, mula-mula emak lihat kereta mereka dah bertukar yang mahal, dah pindah rumah teres dua tingkat dari rumah flat, kak ngah dan suaminya pakai kereta mewah. Abang pun sama ketika itu dah ikut suami kak ngah buat bisnes.

''Setiap kali mereka balik kampung emak terbeliak mata. Ada ada saja perubahan diri mereka yang emak lihat. Tentang pakaiannya, kereta, barang kemas, beg tangan dan macam-macam lagi yang membanggakan emak. Berbanding kami berkereta kecil.

''Kerana emak jenis suka membangga diri, dia tetap puji anak-anaknya yang hidup mewah pada orang kampung, walaupun dulu emak tak pernah yakin kejayaan mereka dulu sebab tidak pandai sekolah dan tidak berkelulusan tinggi.

''Selepas ayah meninggal dunia, emak semakin rajin bertandang ke rumah anak-anak, lepas rumah kak long, rumah kak ngah dan abang. Ada-ada sajalah cerita emak bila balik kampung dan bila datang ke rumah kami.

''Bila orang kampung dah meluat dengar cerita emak yang membanggakan kemewahan anak-anaknya. Itu menurut cerita dari saudara mara kami di kampung kepada saya, kemudian emak tukar taktik lain. Kali ini saya dan adik jadi target tempat emak bercerita memuji kakak hingga menyakitkan hati kami mendengarnya.

''Emak mula tanya berapa gaji saya dan suami saya. Kenapa saya tak beli sofa mewah macam kak long, rumah besar macam kak ngah atau beli kereta mewah macam suami kak ngah. Kenapa suami saya tak buat bisnes nanti boleh jadi kaya.

''Saya kata pada emak setiap orang ada rezeki yang diberikan Allah, walaupun mereka tak masuk kolej atau universiti dulu, tapi rezeki mereka ada di tempat lain yang lebih baik.

''Bila saya terangkan pada emak, dia mengaku faham, tetapi dia faham untuk sebulan dua aja, lepas tu dia buat peel balik.

''Walaupun perbuatan emak bukan bertujuan melaga-lagakan kami, tetapi secara tidak langsung telah membuat kami rasa rendah diri kerana tidak berkemampuan, berbanding kakak-kakak dan abang kami yang lebih senang dan mewah hidupnya. Sikap emak juga membuat kami rasa kecil hati.

''Tujuan saya bercerita di ruangan ini bukan mahu mengaibkan emak, tetapi saya mahu mengingatkan diri saya dan pembaca semua janganlah jadi macam emak saya suka membeza-bezakan kemampuan anak-anak sama ada anak yang pandai ataupun tidak, apa lagi kalau ada antara anak-anak yang kurang berkemampuan.

~ Utusan

Perkahwinan- Kawen Muda Bahagia atau sebaliknya

 Kawen Muda, Bahagia atau Sebaliknya!!!

“Oh! mama, aku mau kahwin, kahwin dengan siapa, dengan siapa saja. Oh! Mama, aku mau kahwin, dengan gadis Kota Bahru muka cantik mata kuyu,”. Itulah sebahagian lirik lagu Oh mama, aku mau kahwin, nyanyian Allahyarham Dato’ Ahmad Daud yang menjadi siulan anak remaja pada hujung tahun 60-an.  

Perkahwinan adalah lumrah hidup setiap manusia yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Allah telah menjadikan makhluknya untuk hidup berpasangan-pasangan seperti firman Allah yang bermaksud, “Tiap-tiap sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan (jantan betina), mudah-mudahan kamu menerima peringatan.” (Surah Az-Zariyaat: Ayat 49).

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Rum: Ayat 12).

Namun, persoalannya adakah berkahwin dalam peringkat usia yang masih muda atau ibarat “baru setahun jagung” akan mendapat kebahagian yang abadi? Atau perkahwinan yang dibina hanya setakat dapat bertahan dalam lingkungan dua tiga tahun sahaja?

Tidak salah untuk berkahwin muda, jika keputusan itu diambil untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat. Tetapi, ia juga bergantung kepada keupayaan pasangan tersebut berfikir secara rasional dan matang, dalam mengharungi pelbagai dugaan apabila berada di alam perkahwinan.

Sebagaimana lirik lagu nyanyian seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berbunyi “sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, apa guna kita bertengkar, suami isteri harus bersabar, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi, suami isteri harus berpakat, rumah tangga mendapat berkat, kasih sayang rukun dan damai, hidup seperti dalam mahligai”.

Lirik lagu yang terkenal pada zaman 50-an ini, membawa maksud yang sangat mendalam bagi menempuh liku-liku kehidupan sebagai suami isteri. Perkahwinan tidak mengenal erti penat dan lelah, jika perkahwinan sekadar memenuhi tuntunan nafsu syahwat sahaja, dua tiga tahun selepas itu ia akan berakhir dengan perceraian yang ternyata membawa kerugian kepada kedua belah pihak.

Ibu bapa seharusnya mengambil berat dan memandang serius mengenai perkara ini kerana ia melibatkan masa depan anak-anak mereka sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Peranan yang sangat besar akan ditanggung oleh individu-individu yang bergelar suami isteri. Ini kerana di usia muda, mereka mengganggap perkahwinan adalah untuk suka-suka. Ia boleh mendatangkan kesan yang buruk apabila pasangan yang berkahwin ini akan mendapat cahaya mata.

Menurut Kaunselor Universiti Utara Malaysia, Faezah Nayan, ketahanan sistem pasangan kahwin muda mungkin mengikut peredaran zaman, jika dilihat pada zaman sekarang terdapat banyak pengaruh yang kadang-kadang menjadikan perkahwinan sebagai penyelamat. “Pendidikan dan ilmu agama yang cukup boleh meningkatkan mutu sistem perkahwinan itu sendiri, walaupun pasangan tersebut berkahwin muda. Apabila mempunyai pendidikan, akan ada rasa tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga yang bakal dibina kelak,” katanya ketika ditemuramah di pejabatnya baru-baru ini.

Pembangunan dalam perkahwinan itu sendiri bergantung kepada banyak faktor penting, antaranya ialah tahap ekonomi yang baik, agama yang kukuh dan berfikiran matang. Bagi pasangan yang bakal melayari bahtera perkahwinan, persediaan bagi meningkatkan faktor di atas, sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu perkahwinan.
Tidak salah untuk pasangan muda itu mendirikan rumah tangga bagi mencari kebahagiaan awal dalam kehidupan mereka. Perkahwinan di usia muda juga boleh menjauhkan diri pasangan tersebut dari melakukan perkara yang menyalahi hukum agama.Namun mereka perlu beringat bahawa perkahwinan adalah perkara yang serius dan ia perlulah kekal hingga ke akhir hayat. Kebahagian pasangan muda terletak di bahu pasangan itu sendiri dalam menghadapi dunia kekeluargaan dan tidak salah jika perkahwinan itu adalah disebabkan oleh persetujuan pasangan itu sendiri serta mendapat restu kedua ibu bapa mereka.

Kesihatan wanita-Bersalin tambah risiko rahim jatuh

Bersalin tambah risiko rahim jatuh

UTERUS atau dalam bahasa harian lebih senang disebut rahim, mungkin boleh dilambangkan sebagai kasih sayang bagi seorang wanita.Di dalam organ inilah, 'benih' cinta antara dua individu bersatu, membesar selama 40 minggu dan apabila sampai masanya, menyingkap dunia melalui frasa yang cukup istimewa.Sebagai organ yang mempunyai fungsi ajaib melahirkan cahayamata, pastinya tugas berat tersebut sedikit sebanyak membebankan dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.Rahim jatuh atau uterovaginal prolapse adalah satu daripadanya. Ia berlaku apabila rahim turun atau jatuh daripada kedudukan anatomi asalnya di aras tonjolan tulang iskium (ischial spine)."Punca utamanya ialah kelemahan otot-otot dan ligamen-ligamen sokongan rahim serta lantai pelvis yang disebabkan oleh beberapa perkara," kata Dr. Ixora.Menurut beliau, otot-otot lantai pelvis atau saraf pudendal iaitu saraf yang menjadi penyambung di bahagian tersebut boleh tercedera ketika proses kelahiran. Tambahan lagi kepada wanita yang melalui proses kelahiran lebih daripada empat kali, mereka sangat terdedah kepada risiko mengalami rahim jatuh.Faktor lain seperti kekurangan tisu kolagen sama ada sejak lahir atau disebabkan oleh menopaus dan masalah keabnormalan tulang belakang seperti 'spina bifida' juga mengundang masalah ini.Dianggarkan sekitar 30 peratus wanita berusia mengalami masalah rahim jatuh tetapi peratusan sebenarnya tidak diketahui dengan tepat kerana ramai yang malu untuk berjumpa doktor.Walaubagaimanapun kata beliau, terdapat juga wanita muda yang mengalami masalah ini tetapi ia jarang berlaku. Jika berlaku sekali pun mungkin berpunca daripada masalah saraf pudendal yang wujud secara semula jadi sejak lahir atau akibat kecederaan saraf tunjang atau penyakit saraf seperti gullain-barre dan poliomyelitis."Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, sembelit dan batuk yang berpanjangan serta selalu mengangkat beban berlebihan atau berpanjangan untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan otot lantai pelvis lemah," kata beliau.Jelas Dr. Ixora, biasanya masalah rahim jatuh akan diiringi masalah organ-organ pelvis lain seperti pundi kencing, faraj, uretra (salur kencing), rektum (usus besar) dan usus kecil yang dipanggil pelvic organ prolapse (POP).Antaranya masalah cystocoele ( pundi kencing jatuh / bonjolan pundi kencing ke dalam faraj) dan rectocoele (usus besar rektum jatuh / bonjolan rektum ke dalam faraj).Selain daripada itu ia juga diiringi oleh masalah kencing seperti stres inkontinens (kebocoran akibat batuk, bersin atau ketawa dan masalah pundi kencing terlalu aktif.

Kategori rahim jatuh:

l Peringkat pertama : serviks turun dari kedudukan normalnya sehingga bukaan faraj tetapi rahim masih di dalam faraj

l Peringkat kedua : serviks dan sebahagian rahim turun dari kedudukan normalnya sehingga melepasi bukaan faraj tetapi fundus rahim masih di dalam faraj

l Peringkat ketiga (procidentia) : serviks dan keseluruhan rahim termasuk fundusnya dan dinding faraj turun melepasi bukaan faraj.

Simptom-simptomnya:

l Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj

l Ketulan pada faraj

l Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)

l Sakit belakang

l Sakit semasa hubungan seks

l Pendarahan faraj selepas menopaus

l Inkontinens kencing

l Sukar buang air kecil / besar

Tuesday 15 March 2011

Doa -Ketika mengandung

Doa Ketika Mengandung

Doa yang sering mama bacakan semasa putri dalam perut mama dan ia untuk dikongsi bersama, amalkan selepas solat dan di mana sahaja kita berada:

Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia. Engkau adalah Zat yang menyihatkan, tiada ubat kecuali ubat daripadaMu yang tidak akan membawa sebarang penyakit.

Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu.

Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini.

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG
  
Saya ingin berkongsi info kepada semua untuk kita amalkan bersama ketika mengandung..


Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

1. Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

    * Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
    * Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
    * Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
    * Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
    * Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
    * dan sebagainya.

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.


3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaannya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

4. Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

Panduan Ibu Hamil

Panduan Ibu Hamil
 
KEHAMILAN adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita.Nikmat ini lebih menyerlah dengan kelahiran bayi sihat dan sempurna, apatah lagi jika kehamilan itu yang pertama.Melalui proses kehamilan ada ketikanya ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa.Dalam kehidupan seharian bagaimana menghadapi cabaran ketika hamil dan bakal menjadi ibu sebenarnya adalah bayangan daripada personaliti individu itu sendiri.Pakar Psikologi terkenal dari United Kingdom, Dr. Linda Papadopoulos berkata, apabila memiliki anak segala-galanya akan berubah secara semula jadi termasuk corak kehidupan seharian."Pada setiap kehamilan, ia berbeza-beza termasuk perubahan kelakuan dan kesihatan yang mana ia membantu menguruskan jangkaan serta emosi kita untuk menghadapi saat-saat getir untuk bergelar ibu."Dalam masa yang sama, ibu juga perlu mengenalpasti siapakah dirinya yang secara tidak langsung dapat membantu mengawal emosi, membuat keputusan penting dan menyesuaikan diri dengan situasi baru,'' ujarnya.Bagi mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan semasa hamil, Dr. Papadopoulos mendedahkan lima ciri personaliti yang paling kerap dialami bakal ibu iaitu:

Ibu yang sering runsing

Sentiasa mencari maklumat sebanyak mungkin daripada sumber-sumber yang senang diperoleh. Ibu yang sering runsing adalah seorang yang sangat berminat untuk memperoleh maklumat.Sentiasa meminta nasihat daripada kawan-kawan serta ahli keluarga di samping membaca buku-buku yang berkaitan dengan kehamilan dan bayi. Ibu yang sering runsing juga akan ditenggelami pelbagai maklumat di sekelilingnya.Malangnya, keputusan yang mengelirukan akan menjadikan ibu tersebut kurang yakin dengan keputusan yang telah dibuat di dalam situasi baru.Mereka ini juga akan sering dilanda kebimbangan dan akan berubat sendiri (self-medicating) dengan maklumat yang terlalu banyak yang diperoleh daripada pelbagai sumber.Jika anda seorang ibu yang kerunsingan atau jika anda mempunyai gejala akan menjadi seorang ibu yang kerunsingan, apa yang penting ialah mengingati bahawa perkara tersebut adalah semula jadi dan fikirkan bayi baru anda.Untuk mengelakkan kekeliruan, kurangkan sumber-sumber maklumat yang anda memperoleh.Cuba gunakan laman web seperti laman web kehamilan dan kunjungi pakar kesihatan kehamilan untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta mengadakan perbincangan apa yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.

Ibu hebat

Ibu hebat merupakan pemimpin dalam kumpulan Menjadi lumrah, jika individu itu merupakan ibu hebat, dia akan menonjol daripada orang lain.Mungkin dia adalah orang pertama yang akan hamil di kalangan rakan-rakan dan pada masa telah membaca banyak buku mengenai kehamilan, pergi kelas atau ini merupakan kehamilan kedua atau ketiga mereka.Untuk pengetahuan bersama, ibu hebat juga merupakan seorang yang akan memberi nasihat tentang kehamilan dan bagaimana menjadi seorang ibu. Mereka juga sering berkongsi pengalaman tanpa sebarang keraguan.Jika anda ibu hebat anda cenderung untuk membandingkan bayi anda dengan peristiwa penting seperti tendangan pertama, perkataan pertama dan langkah pertama.Ibu hebat juga seharusnya cuba mengingati bahawa setiap kanak-kanak adalah seorang individu tanpa mengira bagaimana kompetitifnya keadaan sekeliling.Sebagai ibu, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat bermula dari mana memperoleh bayi sehingga bagaimana memberinya makan.Perkara yang penting ialah membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan juga bayi.

Ibu yang profesional

Profesional dari segi nama dan semula jadi. Bagi seorang ibu yang profesional, dia amat teratur, rasional serta menjadi seorang pengikut yang setia terutama sekali yang berkaitan dengan bayinya.Dia akan melahirkan bayi di hospital dan dikelilingi dengan peralatan yang canggih, doktor dan segala kelengkapan lain yang berkaitan sebagai persediaan jika menghadapi sebarang komplikasi ketika hendak bersalin.Ketika inilah dia akan mengikuti nasihat daripada orang alim ulama dan tidak mengambil peduli mengenai cerita-cerita mitos.Jika anda seorang ibu yang profesional, perkara yang paling penting dilakukan ialah bertenang.Persediaan adalah penting. Dalam hal ini, biarlah bidan atau doktor pakar yang memimpin anda.Kebanyakan ganjaran untuk ibu-ibu datangnya daripada pengalaman-pengalaman serta peristiwa-peristiwa yang tidak diduga.

Ibu sejati

Ibu sejati merupakan ibu semula jadi. Sebagai seorang ibu yang sejati, dia lebih suka untuk melalui detik-detik kehamilan dalam suasana yang sederhana.Ibu sejati juga suka dengan cara dan ramuan tradisional serta menginginkan keselesaan bayi mereka seperti berada di rumah sendiri.Jika anda seorang ibu yang sejati, apa yang anda percaya adalah satu daya penggerak yang penting dalam hidup. Tetapi sebagai seorang ibu, anda sekarang memikul bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi ke atas bayi anda juga.Anda perlu memastikan segala keinginan peribadi anda diseimbangkan dengan keperluan anak anda. Sebagai seorang ibu yang sejati juga anda perlu berbincang dengan bidan ataupun pakar dalam usaha memberikan yang terbaik buat anak anda.

Ibu yang tidak runsing

Ibu jenis ini melalui kehidupan dengan tiada sebarang kerisauan atau kebimbangan. Ia seperti menjelajah seluruh dunia, melompat dari kapal terbang, terjun cenuram tanpa berkelip-kelip dan akan menyambut hari ulang tahun kelahiran anak dalam situasi yang sama.Jika anda seorang ibu yang tidak rungsing, ia bagus untuk membayangkan pengalaman-pengalaman yang menyeronokkan sebagai seorang ibu dan penting juga untuk menguruskan segala jangkaan agar bersedia untuk mengalami kesakitan luar biasa atau kesakitan yang tidak dapat dielakkan.Sekiranya sudah bersedia menjadi seorang ibu, kunjungi bidan atau doktor pakar secepat mungkin selepas mendapati diri hamil.

Tips & Petua

Sawi

Kepada ibu-ibu yang mengalami kesukaran membuang air besar atau sembelit, makanlah sawi yang ditumis dengan sedikit minyak dan air setiap hari. Insyaallah masalah anda akan dapat di atasi.

Daun Salad

Daun salad dikatakan boleh melapang dan menenangkan fikiran. Oleh itu digalakan memakan salad sebagai ulam-ulaman. Ia juga mengandungi karotena,serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Kacang panjang


Jika mempuyai masalah kurang selera makan dan sembelit, amalkan memakan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya membantu menyelesaikan masalah ini. Selain itu,ia kaya dengan antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser, terutama kancer payudara.


Bayam


Jika anda mengalami masalah kurap, ambil beberapa helai bayam dan tumbuk sampai lumat, campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapu pada bahagian yang berkurap. Biarkan sehingga kering dan amalkan sehingga sembuh.


Kubis


Kepada sesiapa yang mahukan pelembab muka drp bahan semulajadi, ambil beberapa kelopak kubis, bersihkan, kisar sehingga halus kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher selama 20 minit. Kemudian lapkan dengan tisu basah.. Cubalah dan tgk hasilnya....

Monday 14 March 2011

Pesanan/Ingatan- Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati...

Luka ditangan nampak berdarah tetapi luka dihati...

Ada satu kisah yang saya terbaca dalam satu artikal untuk dikongsi bersama. Seorang pemuda bernama Said yangmempuyai nafsu amarah terlalu tinggi. Sehingga dia sendiri tidak dapat mengawal perasaan marahnya yang keterlaluan.Satu hari ibunya telah memberikannya sebungkus paku dan meminta Said untuk memaku tembok batu dihadapan rumahnya apabila dia merasa marah terhadap sesuatu perkara. Said mengikut kata-kata ibunya. Dalam satu hari sahaja hampir 30 pucuk paku digunakannya untuk memaku tembok batu tersebut. Betapa kuatnya nafsu marah Said. Sehinggalah dia mencuba untuk mengurangkan bilangan paku yang digunakn untuk memaku tembok batu itu. Dari hari ke hari baru lah dia tahu bahawa lagi senang mengawal kemarahan daripada memaku tembok batu tersebut. Sehinggalah sampai satu masa di mana die tidak perlu lagi memaku tembok batu itu kerana nafsu marahnya dapat dikawal. Ibunya menyuruh Said mencabut paku di tembok batu itu pada hari yang die tidak merasa marah. Sesudah itu, hampir kesemua paku dapat dicabut. Ibunya berkata bahawa walaupun paku itu telah dicabut tetapi tembok batu itu tidak akan kembali kepada bentuk asal.terdapat banyak kesan paku, berlubang- lubang di sana sini. Di situ lah Said sedar bahawa setiap kali dia memarahi orang dan meminta maaf kembali, ia tetap terkesan dihati. Luka dihati lebih pedih daripada luka di tangan. Oleh itu, awasi sifat amarah dan juga kata-kata  yang akan mengguris perasaan orang di sekeliling tanpa kita sedari. Kata-kata yang pedih itu lebih hebat dari tajamnya sebilah pisau...aduh..sakitnya,,..huhuhu

Pesanan/Ingatan- 10 Kali ganjaran

10 Kali Ganjaran

Pernah atau tidak kita mendengar 10 Kali ganjaran? Sebelum ini saya juga tidak pernah dengar tentang ini sehingga lah medengar tazkirah dalam radio pagi tadi. Sebagai manusia kita tidak akan pernah merasa cukup.Jika di beri kemewahan,tetap akan merasa sunyi. Jika diuji dengan kemiskinan mungkin dikurniakan anak yang ramai.Jika diberi itu akan tetap merasa kurang ini. Itulah di namakan manusia.Tidak terlepas daripada ujian. Apabila kita mengiginkan sesuatu apa salahnya kita mengeluarkan sesuatu. Sebagai contoh apabila keluar bekerja untuk suami atau isteri apa salahnya kita memberi anak duit dengan niat bersedekah, kemudian kita minta sesuatu daripada Allah. Kadangkala apabila kita diluar, seringkali terjumpa pengemis dan peminta sedekah. Apa salahnya menghulurkan seringgit dua dan meminta nikmat kejayaan atau kebahagiaan daripada Allah untuk kita dan keluarga kita.Allah akan membalas 10 Kali ganjaran kepada kita. Ganjaran yang diberikan bukan seperti kita memenangi cabutan bertuah, yang boleh di lihat dengan mata dan dipegang dengan tangan. Mungkin kita tidak pernah mengamalkannya tetapi sebenarnya budaya barat sudah lama mempraktik kan perkara ini. Kita mempunyai Quran dan As-sunnah Rasulullah ,tetapi jarang mengamalkan apa yang kita ada. Marilah sama-sama kita mengejar 10 kali ganjaran. Sebelum ini saya hanya pernah mendengar apabila kita membenci seorang, 10 kali orang akan membenci kita. Oleh itu jangan terlalu membenci orang kerana mungkin org yang kita benci itu adalah orang yang paling kita sayang BEWARE!!!

Kesihatan- Kesan Haiwan peliharaan terhadap Kehamilan

Kesan Haiwan peliharaan terhadap Kehamilan


Kehamilan adalah sesuatu yang dinanti-natikan oleh setiap pasangan sebagai penyeri alam rumah tangga. Bagi pencinta haiwan peliharaan seharusnya lebih berhati-hati apabila anda sedang berbadan dua. Ini kerana binatang seperti kucing mungkin akan memudaratkan kandungan anda. Haiwan peliharaan dianggap comel dan penghibur diwaktu kesunyian. Ia juga boleh mendisiplinkan sesiapa yang membela. Ia mempuyai waktu yang khusus untuk membersihkan sangkar, mkn dan sebagainya. Namun pemeliharaan kucing boleh menjejaskan kesihatan,sekaligus perkembagan bayi di dalam kandungan.

Walaubagaimanapun jika sudah memelihara kucing, seharusnya bukan anda yang membersihkan najis kucing tersebut. Ini kerana terdapat parasit yang dikenali sebagai  protozoa toxoplasma  gondii yang membiak di dalam usus.Parasit ini menyebabkan jangkitan toksoplasmosis. ia akan menimbulkan masalah serius kepada kesihatan bayi di dalam kandungan. Anda boleh mendapat jangkitan ini apabila lebih kerap menguruskan najis kucing, memegang badan kucing dan juga boleh dipindahkan melalui air liur kucing tersebut.

Jika mendapat jangkitan ini semasa kehamilan anda berisiko memindahkan 40% kepada bayi dalam kandungan. Jika terkena jangkitan pada trimester pertama anda berisiko memindahkan sebanyak 15%, trimester kedua 30% dan trimester ketiga 60%. Kesan jangkitan ini adalah teruk dan ia berlaku di peringkat awal kehamilan.Dianggar 1:10  bayi yang terkena jangkitan ini mendapat penyakit mata yang menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa,jangkitan paru-paru juga ada yang mengalami kehilangan daya pendengaran. Bayi yang dalam kandungan yang mengalami jangkitan teruk berisiko untuk keguguran.

Biarpun begitu, penyakit ini bukan suatu masalah yang besar di Malaysia. Tidak seperti di Perancis dan Belgium. Mungkin kerana kucing adalah binatang yang biasanya dibela di rumah dan daya ketahanan badan penduduk negara kita sudah imun terhadap penyakit ini. Walauapapun pencegahan lebih baik daripada merawat. Saya juga pernah membela seekor kucing yang diberi nama Chika. Kucing yang comel dan aktif. Tetapi setelah disahkan mengandung saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke kampung. Ini untuk sihatan putri permata hati mama

Sunday 13 March 2011

Muhasabah Diri

Analogi Sebatang Pokok

Mari kita belajar dari kesabaran dan ketabahan sebatang pokok. Pokok yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana mempunyai batang yang kukuh dan kuat. Bermula dari sebiji benih, ia tumbuh menjadi besar dan kuat.Sebelum menjadi pokok yang besar dan kuat ia berjaya mengharungi kuatnya angin,teriknya panas matahari,dinginnya hujan dan gangguan dari manusia juga haiwan. Setelah melalui semua itu, dari biji benih yang tidak kelihatan,menjadi tunas yang bercambah, dan seterusnya pokok yang besar dan kuat. Mari kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Sebagaimana ikan di lautan, walaupun hidup di air yang masin tetapi masih mempunyai daging yang tawar dan boleh dimakan. 

Setelah Gelap Terbitlah Cerah

Allah berfirman yang bermaksud; " Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannaya". (Surah al-Insyirah 94:5-6)

Aku tertarik apabila menbaca satu artikal dalam satu majalah yang berkaitan dengan ayat di atas dan ingin dikongsi bersama. Seorang budak mendongak ke langit yang terbentang luas kebiruan menggambarkan ketenangan dan kedamaian. Namun tiba-tiba satu titisan air jatuh ke tangannya. sekelompok awan gelap mula melindungi awan yang cerah tadi menandakan hujan mahu turun. Kemudian kedengaran guruh berdentum dan kilat sabung menyabung. Terlintas dihati budak itu, Ya Allah kenapa engkau gantikan hari yang penuh ketenangan td dengan hujan yang lebat dan guruh berdentum-dentum ini.Sebagai manusia biasa semestinya kita mahukan kedamaian dan ketenangan sepanjang masa. Siapa kita untuk mengetahui mengapa Allah mencipta hari yang gelap,hujan dan ribut petir. Segala ketenangan dan kedamaian y kita perolehi adalah kenikmatan yang Allah berikan. Tetapi mengapa Allah menukarkan hari yang cerah menjadi mendung? adakah itu bencana atau Allah sengaja menarik nikmat yang diberikan kepada kita?Hanya sesaat dan sekelip mata Allah menukarkan hari yang cerah dan damai kepada gelap. Di sini roda kehidupan telah berganti, sekali kita di atas dan berubah apabila kita di bawah. Waktu inilah manusia di uji samaada masih mensyukuri nikmat yang Allah berikan atau terkandas dan berprasangka buruk kepada Sang pencipta.

Cuba kita renung sejarah Umar Al-khattab yang pernah menjalani zaman di mana beliau akan mengalirkan air mata sekiranya terlintas difikiranya, betapa bodoh dan jahilnya beliau ketika itu. Di mana beliau telah menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana percayakan adab jahililiah dan perhambakan tuhan selain yang Maha Esa. Tangan kecil meyapu lembut pasir yang melekat  pada janggut Si bapa, padahal si bapa berniat untuk menanam dirinya hidup2..kelembutan kanak-kanak itu masih belum dapat melembut dan mematahkan hati dan tujuan sebenar beliau. Betapa kuat keazaman Umar Al-khattab ketika itu. Namun apabila Allah membuka pintu hatinya memeluk islam, beliaulah org y paling taat kepada agama Islam.Kisah ini menunjukan bahawa Allah tidak mencipta sesuatu tanpa sebab dan alasan. Segala kepahitan hidup adalah asam garam kehidupan yang akan membuatkan kita semakin menyukuri nikmat Allah.

Boleh jadi apa yang kita fikir adalah terbaik untuk kita tetapi sebenarnya ia adalah yang paling buruk dan menyusahkan kita. begitulah sebaliknya. Tetapi Allah maha Mengetahui, apa yang telah ditentukan kepada kita adalah terbaik walaupun kita sukar untuk kita menerimanya. Tetapi percayalah Allah tidak akan menguji manusia itu dengan apa yang tidak mampu oleh nya. Percayalah dan beriman lah kepadaNya nescaya hati kita akan tenang walau apa pun yang menimpa diri kita samaada susah atau senang.- mama putri

Tips & Petua

Tegangkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun, blend/hancurkan, kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat. Sapukan pada muka sebelum tido. Biarkan sementara waktu. Kemudian bilas...SElamat mencuba..Saya pun tgh cuba..insyaallh menjadi!

Mengelakkan bibir merekah

Minum air kelapa yang dicampurkan kuning telur dan sedikit madu lebah sekali sehari..insyaallah dpt mengelakkan bibir drp merekah.selamat mencuba!!

Wajah berseri

Untuk menambahkan keserian wajah, ambil semangakuk kecil beras,kemudian basuh dan tuskan. Tumbuk sampai lumat.Simpan di dalm bekas yang kering. Untuk digunakan, ambil sedikit kemudian campur dengan air perahan limau nipis, sapukan pada wajah sampai kering. selepas itu  cuci sehingga bersih. Selain itu wuduk adalah perkara y paling mujarab untuk menambahkan keserian wajah..jom sama2 b'wuduk

Lebatkan bulu kening

Bakar dua biji buah keras sehingga hitam,kemudian tumbuk dan sapukan pada kening sebelum tido. bersihkan dengan air suam pada keesokan harinya..Kening akan nmpak lebih lebat.

Bahaya makanan pejal dalam botol


Kawan saya pernah mengalami masalah apabila bayinya y berusia 4 bulan tidak mahu minum susu. Bayinya sukar untuk tido. Kemungkinan besar kerana kelaparan. Jadi beliau mencampurkan maknan pejal ke dalam botol susu dengan kuantiti yang sedikit dan dicampurkan susu y berlebihan.Malangnya bayi beliau mengalami masalah sembelit. Saya ada terbaca satu artikel mengenai hal ini. Keadaan ini sangat tidak sesuai untuk bayi kerana, dengan memperkenalkan makanan pejal kpd bayi pd usia sblm 6 bulan akan menyebabkan bayi mengalami masalh usus pd masa akan dtg. Selain itu, mengelakan bayi daripada tercekik makanan. Kemungkinan juga akan meningkatkan kandungan kolestrol dalm badan bayi dan risiko obesiti akan dihadapi. Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi seharusnya dilakukan apabila leher bayi sudah keras, pandai duduk dan juga sudah pandai meminta apabila lapar dan memberitahu apabila kenyang.Dinasihatkan bahawa apabila tiba masanya bayi diperkenalkan dengan makanan pejal, bayi diberi makanan dlm kuantiti y sedikit,jangan memaksa bayi supaya cepat menghabiskan makanan tersebut.Gunakan sudu plastik y biasa didapati di kedai2 barangan bayi dan jangan menggunakan sudu tahan karat y biasa digunakan dirumah. Sebaiknya juga menggunakan tangan untuk menyuap bayi. Banyak lagi info yang mama ingin kongsi bersama untuk putri permata hati mama...

Majlis cukur jambul




Apakah itu cukur jambul?

Sebenarnya ia adalah kali pertama bayi bergunting rambut, dilakukan mengikut tradisi Melayu. Ia adalah satu upacara tradisi yang penting yang diadakan supaya keluarga luas dapat berkumpul beramai-ramai untuk mengukuhkan ikatan dan menyambut kedatangan bayi ke dalam keluarga.

“Inilah masanya kami berkongsi kegembiraan bersama-sama rakan dan saudara-mara,” jelas Sharliza Salleh, di London, yang mengingat kembali upacara cukur jambul untuk anak lelakinya Afiq, 11, dan anak perempuannya, Alya, 10, dengan perasaan gembira. Upacara Afiq diadakan di rumah nenek sebelah bapanya di Lembah Klang; upacara Alya diadakan di rumah moyangnya di Tapah, Perak.

Banyak budaya di seluruh dunia mempraktikkan beberapa amalan bercukur bagi bayi. Sesetengahnya hanya menggunting beberapa helai rambut; yang lain mencukur rambut bayi sepenuhnya. Kedua-duanya ini boleh diterima bagi cukur jambul (juga dikenali sebagai berendoi di utara semenanjung).

Di Malaysia, komuniti etnik yang lain juga mempunyai upacara bercukur masing-masing yang unik, mengikut asal-usul, agama dan tradisinya. Dalam komuniti Hindu, sebagai contoh, rambut bayi dicukur dalam upacara mundan, yang dianggap sebagai ritual penyucian. Sesetengah ibu bapa kaum Cina juga mencukur kepala bayi selepas sebulan ia dilahirkan (mun yuet) sebab percaya bahawa “rambut dalam rahim” perlu dibuang dan berharap agar rambut baru akan tumbuh dengan lebat dan berkilat (walaupun tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang menyokong kepercayaan ini!).

Di mana dan bilakah ia diadakan?

Upacara cukur jambul selalunya diadakan sebaik saja ibu lepas pantang iaitu di antara 40 dan 44 hari. Untuk anak-anak Sharliza, cukur jambul diadakan pada hari ke-42 selepas kelahiran.

Walau bagaimanapun, Hanani Liza Abdul Jalil dari Ipoh, Perak, telah menganjurkan upacara cukur jambul untuk anak perempuan kepada anak saudaranya, Aqilah, semasa dia berumur lima bulan – kelewatan yang luar biasa tetapi masih diadakan dengan meriah dan bermakna. “Upacara ini diadakan di rumah moyangnya di Sungai Baru, Melaka, sebab dia mahu menunjukkan cicitnya yang pertama. Seluruh keluarga hadir walaupun ibu bapanya Fazlina dan Amir tinggal di Kuala Lumpur.” Tidak hairanlah bagaimana moyang Aqilah telah menjemput semua penduduk kampung ke kenduri tersebut dan menghidangkan makanan tradisional yang istimewa seperti nasi minyak, rendang dan ayam masak merah.

Malah, ramai ibu bapa baru memilih untuk mengadakan upacara tersebut di rumah ahli keluarga yang lebih tua tetapi kadang-kala ianya sukar atau mustahil, dan bergantung kepada logistik seperti luas kawasan dan jumlah tetamu.

Selalunya, adakah jemputan ramai?

Kebanyakan ibu bapa baru menjemput keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja. Terdapat juga yang menjemput jiran-jiran dan rakan sekerja. Walau bagaimanapun, kenduri yang besar dan mewah bukanlah suatu kemestian. Jamuan kecil dan sederhana melibat ahli keluarga rapat sahaja juga sama bermakna. Sesetengah ibu bapa baru langsung tidak mengadakannya sebarang jamuan.

Apakah yang berlaku semasa upacara?

Dalam kenduri cukur jambul yang tradisional, rambut bayi akan dicukur dan kemudian ditanam. Ahli keluarga terdekat selalunya dijemput untuk menyaksikan upacara tersebut. Selalunya, doa dibacakan atau dinyanyikan (marhaban atau berzanji). Sambutan secara lain bergantung kepada tradisi keluarga dan adat setempat.

Upacara cukur jambul Putra Dani Nashrin telah diadakan pada hari ke-44 selepas kelahirannya di Selangor. Keghairahan datuk dan nenek sebelah bapanya menyambut cucu membuatkan upacaranya diadakan dengan meriah dan besar-besaran. Ibunya, Tengku Rinanda Putri Tengku Aziz, berkata: “Kami semua sungguh teruja terutamanya mertua saya sebab Dani ialah cucu lelakinya yang pertama. Dia adalah cucu keempat ibu dan bapa saya tetapi mereka juga seronok sebab saya adalah anak bongsu dan anak perempuan mereka tunggal.”

Upacara tersebut diadakan di rumah datuk dan nenek sebelah bapa Dani di Subang Jaya, Selangor. Rinanda berkata bahawa seramai 150 orang tetamu, termasuk keluarga, rakan rapat dan rakan sekerja telah hadir. “Ibu mertua saya menempah satu pentas khas marhaban. Ia berharga kira-kira RM3,000! Ia dihiasi dengan bunga-bunga segar dan foto anak saya dari hari dia dilahirkan sehingga hari tersebut! Dia juga telah membeli katil diperbuat daripada rotan dan Dani diletakkan dalam katil ini apabila mereka memulakan marhaban.”

Cukur jambul selalunya bermula pada waktu lewat pagi dengan bacaan Al-Quran atau marhaban atau berzanji. Ibu bapanya kemudian mendukung dan membawa bayi kepada setiap orang supaya mereka dapat menggunting beberapa gelung rambut – selalunya peluang menggunting ini diberikan kepada datuk dan nenek, ahli keluarga atau penduduk kampung yang lebih tua, ahli kumpulan marhaban atau berzanji, dan ketua agama. Selalunya menjadi satu adat (walaupun bukannya suatu kemestian) untuk mereka yang melakukannya menghadiahkan bayi dengan sedikit wang atau sepertinya. Gegelung rambut akan diletakkan dalam sebuah mangkuk berisi air atau tempurung kelapa muda. Dalam sesetengah keluarga, mereka mengikut adat yang mana gegelung rambut akan ditimbang dan emas (atau wang yang setimpal) didermakan mengikut beratnya kepada orang-orang miskin dan memerlukan. Setelah selesai upacara, rambut ini akan ditanam. Bapa Dani, Mohammad Najmie Noordin, menanamnya di belakang rumah mereka.

Satu lagi elemen penting ialah dulang atau dulang upacara yang membawa gunting dan tempurung kelapa muda (atau mangkuk berisi air). Selalunya, ini disertakan bersama daun kunyit, bunga rampai, dan mungkin sedikit madu dan kurma.

Selalunya, tetamu akan dihidangkan dengan makanan dan minuman. Pada hari ini, makanan Melayu seperti nasi briyani, nasi minyak, kambing guling, ayam masak merah dan gulai daging dihidangkan bersama kek coklat dan makanan barat. Walapun dahulunya tetamu dihadiahkan dengan bunga telur sebagai tanda terima kasih, kini mereka dihadiahkan dengan gula-gula dan juga kek. Tetamu Aqilah di Melaka juga menerima kek lapis yang dipek dalam kotak kecil berwarna perak, sementara gula-gula dan pulut kuning dengan rendang dipek dalam cawan. Tetamu Dani diberikan kek mufin dan coklat dengan hiasan berupa mukanya!

Tip untuk cukur jambul yang selamat
• Pastikan bayi anda rehat secukupnya sebelum upacara bermula. Ini sebab adalah sukar untuk menguruskan bayi yang meragam dan menangis. Mujurlah buat Rinanda, “bayi saya tidur sepanjang upacara. Dia hanya bangun untuk menyusu.” Aqilah yang berusia lima bulan adalah lebih aktif. “Dia kelihatan berwaspada sebab didukung oleh terlalu ramai orang,” kata makciknya, Hanani Liza, “tetapi dia sangat baik! Dia memang seronok mendapat perhatian ramai.”

• Bagi tujuan kebersihan, belilah gunting atau pisau yang baru untuk upacara cukur jambul.

• Jika rambut bayi anda dicukur sepenuhnya, sapukan krim atau losyen antiseptik untuk menyembuhkan luka di kepala bayi anda. Pakar runding pediatrik dan pakar BabyCenter Dr Winston Yong berkata bahawa dia kadangkala mendapati impetigo atau jangkitan kulit berlaku selepas kepala bayi dicukur.

• Pastikan bayi anda berpakaian sesuai – bilik akan menjadi panas dan melekit jika terdapat ramai orang, memandangkan cuaca lembap kita di sini. Pakaian kapas asli merupakan bahan yang terbaik.

Saturday 12 March 2011

Sentuhan emosi buat Si kecil...



Sejak lahir
Pegang bayi anda sambil memandang wajahnya dan bercakap dengan suara yang lembut. Biarkan bayi anda mendengar suara anda dan goyangkan bayi anda dalam satu irama lembut. Bedung bayi anda dengan selimut lembut supaya die merasa selamat dan tidak melakukan pergerakan yang membuatkan die merasa tidak selesa dan selamat.

1- 3 Bulan
Pegang bayi anda secara bertentangan, apabila memakaikan baju dan memandikannya. jangan lupa menunjukakan nya imej y jelas dan terang. Serta sesuatu y boleh mengeluarkan bunyi y lembut. Jangan lupa memangilnya dengan panggilan namanya.

4- 6 Bulan
Inilah masanya untuk anda bercakap dengan bayi anda,jgn lupa perkenalkan org disekelililngnya seperti kakak dan abang nya. Cuba untuk meniru suaranya apabila menangis..memakai pakaian dan menyusu serta membuat pelbagai memek muka yang boleh membuatkannya ketawa. Selain utu, jgn lupa bawa baby anda bersiar-siar.

7-9 Bulan
Beri bayi anda mainan lembut yang boleh mengeluarkan bunyi dan selamat digunakan. Serta bermain dihadapan cermin dan memangil namanya,tengok reaksi yang diberikan kepada anda. main mainan yang boleh menguji minda bayi anda supaya ia kelihatan cergas dan cerdas

10- 12 Bulan
Selalu pegang dan memeluk bayi anda supaya die merasa selamat. Selalu bacakannay buku cerita dan tinggalkannay ditempat y selamat untuk bermain.Kenalkan nya kepada org sekeliling supaya die merasa lebih dihargai...

Belaian anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap si manja....

Friday 11 March 2011

Putriku... 1-30 Hari

Kelahiran Tanpa Jangka

Seperti sebelumnya mama dan papa ke Klinik Annisa' untuk membuat pemeriksaan kandungan. Sebelum itu papa bercadang untuk menanti kelahiran putri di Selangor di Hospital Pakar An Nur Bdr. Baru Bangi. Di sebabkan beberapa perkara y tidak dapat dielakkan, perancangan telah ditukar. Segala kelengkapan putri dan mama telah papa sediakan di dalam kereta kerana menurut pesanan tok ayah dan nekma.

Doktor mengesahkan bahawa air ketuban mama semakin sedikit dan plasenta telah matang, jika dibiarkan akan menjejaskan putri.oleh itu, mama ditahan di wad..mama tidak merasa sakit pun sepanjang petang tersebut, siap boleh ke cafeteria mkn bersama papa..klu boleh kami ingin ke KB MAll pasaraya terdekat untuk membeli barangan putri, tetapi mama batalkan niat tersebut. Kami hanya habiskan masa di wad menonton tv..jam 8 mlm papa dan mama sempat mkn chikenchop yang boleh ditempah di klinik tersebut tanpa rasa sakit. Malam itu, ada rancangan Trilogi Cinta lakonan rosyam Nor, mama dan papa meminati cerita y diadaptasi dr novel tersebut. Tetapi malangnya, mama dah mula merasa sakit. Papa segera memanggil doktor. Mama dimasuk kan ke wad bersalin jam 1030 mlm..papa sentiasa bersama mama, tidak sabar menanti kelahiran putri tersayang. Jururawat bertugas memberi anggaran bahawa kelahiran mungkin sblm subuh pagi esok, kerana pada masa itu hanya bukaan 4sm shj. Setiap 1sm mengambil masa 1 jam. Allah Maha berkuasa menentukan segalanya.. Putri yang mama dan papa nantikan begitu teruja untuk keluar. Jam 1155 mlm kedengaran tangisan Putri Shaza Qistina permata hati papa dan mama..Berkali2 kucupan y papa berikan kpd mama..terima kasih papa, sentiasa berada di sisi mama melahirkan putri. Selepas dibersihkan, papa mengazan dan iqamat putri kesayangan...papa dan mama tidak menyagka secepat itu proses kelahiran putri, keesokannya jam 4 petang papa,mama putri dan cikma,ibu saudara putri pulang ke rumah..Alhamdulillah....

















Kesihatan Bayi - Sembelit

Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit?

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.

Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar.

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:

• Meragam, sakit abdomen dan gastrik.

• Abdomen yang keras.

• Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.

• Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.

• Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Kenapakah sembelit berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

Cara-cara berikut juga boleh membantu:

• Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

• Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.

http://www.babycenter.com.my

Kesihatan Bayi - Najis bayi

Perkara yang paling membimbangkan apabila mempunyai bayi adalah pemilihan susu...tiada yang lebih baik dari susu badan yang kaya dengan nutrisi y mencukupi untuk bayi membesar..namun Putri mama terpaksa menggunakan susu Enfalac A+ kerana kekurangan susu badan. Sebelum ini mama bercadang untuk memberi putri susu badan secara ekslusif tetapi mama tidak berdaya. Kesian putri mama...Putri mengalami sembelit, pemeriksaan doktor mengatakan salah satunya ia berkaitan keturunan, kerana emak memberitahu bahawa di waktu kecil mama dulu juga mengalami perkara y sama. nasiblah Putri anak mama...Banyak perkara y kita perlu tahu tentang kesihatan bayi termasuk lah najis...jgn x percaya...

Najis apa yang normal dan apa yang tidak untuk bayi

Apakah yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan betapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis atau kotoran bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir sampai ke akhir tahun pertama usianya, dan dalam masa itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Anda boleh melihat gambar-gambar najis bayi yang pelbagai rupa dan warna di sini.

Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir?

Bagi beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi anda akan membuang najis yang dinamakan meconium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang berkumpul dalam usus bayi anda semasa kehamilan dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, maupun sukar untuk menanggalkan kotoran itu dari punggung bayi anda.

Selepas sehari atau dua hari, selepas penyusuan menjadi kebiasaan, dan semua meconium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Apakah yang akan berlaku jika saya memberikan susu formula?

Jika bayi anda diberikan susu formula, najis bayi anda akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding bayi yang diberikan susu badan. Ini disebabkan susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Najis akan berbau lebih tengik, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa, dan najisnya adalah lebih besar. Namun, lagi lama najis berada dalam usus, lagi keras jadinya dan lebih sukar untuk dikeluarkan, sehingga membawa kepada sembelit. Berbincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasakan bayi anda mempunyai masalah ini.

Dan jika bayi saya menyusu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari “susu pertama” anda bertindak sebagai laksatif, membantu menolak meconium keluar dari sistem bayi anda. Apabila anda menghasilkan susu dengan sempurna, selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental.

Pada awal minggu pertama, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberikan makanan pejal, atau apabila bayi kurang sihat atau jika dia mula kurang menyusu.

Jadi, jika kami bertukar dari susu badan ke susu formula, adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting untuk melakukannya dengan perlahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit, dan bagi diri anda pula, mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik saja bayi anda menyesuaikan diri dengan susu botol, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!

Memulakan makanan pejal

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan atau berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberikan karot yang dipurikan, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah. Juga, apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang, susah untuk dicerna, sehingga satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.

Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.

Najis hijau Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda.

Calitan darah Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.